MENGHIDUPKAN SUNNAH RASULULAH S.A.W.إحياء السنن


Di sini saya ingin berkongsi dengan ikhwah dan akhawat semua beberapa e-mail berbahasa arab yang saya terima daripada bekas lecturer hadith saya. Saya cuba untuk menterjemahkan ke dalam bahasa melayu semoga ianya memberi manafaat kepada kita semua dalam mengamalkan sunah Rasululah s.a.w.

1- التسبيح والتكبير.

BERTASBIH ( MENGUCAPKAN SUBHANALLAH سبحان الله )
DAN BERTAKBIR ( MENGUCAPKAN ALLAHUAKBAR الله أكبر )

عَنْ جَابِرِ رضى الله عنه قَالَ:
" كُنَّا إِذَا صَعِدْنَا كَبَّرْنَا، وَإِذَا نَزَلْنَا سَبَّحْنَا‏."

رواه البخاري في كتاب الجهاد والسير، باب التسبيح إذا هبط واديا)
Maksudnya : Daripada Jabir r.a berkata :
“Apabila kami mendaki kami bertakbir, dan apabila kami menurun kami bertasbih”
( Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dalam kitab Jihad dan perjalanan,
Bab bertasbih ketika menuruni lembah.)

Ulasan tentang maksud Hadith ini:
Apabila kita dalam keadaan mendaki, hendaklah kita mengucapkan banyak-banyak takbir kepada Allah ( Allahu Akbar الله أكبر ), manakala apabila kita menuruni sesuatu tempat, maka hendaklah kita banyak-banyak mengucapkan tasbih memuji Allah dengan mengucapkan سبحان الله. Marilah kita sama-sama mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w ini. Contohnya ketika kita menaiki tangga, alangkah baiknya kita memperbanyakkan takbir dengan mengucapkan Allahu Akbar ( Allah Maha Besar ). Dan ketika turun daripada tangga atau mana-mana tempat tinggi dengan mengucapkan Subhanallah ( Maha Suci Allah ). Sesungguhnya di situ ada ganjaran yang besar di sisi Allah.

KEDUDUKAN BUKU DI SISI ULAMA -ULAMA ISLAM DAHULU.


Jika kita menyingkap sejarah ulama silam tentang kesungguhan mereka dalam mengambil berat tentang buku, kita dapati sesuatu yang amat dikagumi. Bagi mereka, buku-buku ilmiah merupakan sesuatu yang amat berharga, buku-buku ilmiah itu dianggap sebagai teman sejati mereka yang tidak pernah jemu di setiap waktu dan juga sebagai hidangan mereka ketika di majlis-majlis.

Seorang Ulama tabii yang terkenal - Imam Az-zuhri - beliau merupakan seorang ulama yang suka mengumpul buku dan sentiasa mendampingi bukunya sehinggakan isterinya telah berkata: " Demi Allah,sesungguhnya buku-buku ini lebih menyakitkan aku daripada tiga orang madu" Ini menunjukkann kepada kita bertapa Imam Az-zuhri amat suka membaca. Oleh itu tidak hairanlah, beliau menjadi seorang Ulama Madinah yang terkenal dalam masa pemerintahan Umawiyyah.

Seorang ulamak yang terkenal dalam zaman tabi`-tabiin - Ibnu Mubarak -. Pada suatu hari, kawan-kawan beliau berkata kepadanya: " Marilah kita duduk bersama-sama bersembang". Lalu beliau menjawab : "Saya hendak pergi duduk bersama-sama sahabat Rasulullah sambil beliau menunjukkan ibu jarinya ke arah buku-bukunya. Maksud beliau adalah beliau ingin bersama dengan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w melalui pembacaan tentang kisah-kisah mereka dan contoh teladan daripada mereka.

Ini adalah di antara contoh teladan yang ditunjukkan oleh ulamak-ulamak islam kita.

KEADAAN SUJUD YANG BETUL

Seburuk-buruk kecurian - Meninggalkan takmaninah dalam solat

Sebahagian daripada kesilapan-kesilapan yang sering berlaku di kalangan kita ialah meninggalkan takmaninah dalam solat. Apakah yang dimaksudkan dengan takmaninah itu? Menurut bahasa arab, perkataan takmaninah berasal daripada اطمأن : أي سكن وثبت واستقر. iaitu bermaksud tenang dan tetap . Di dalam satu hadith Rasullullah daripada Abu Qatadah r.a bahawa Rasullah telah bersabda:
أسوأُ الناس سرقة الذي يسرق من صلاته. قالوا: يا رسول الله، وكيف يسرق من صلاته؟ قال "لا يتم ركوعها ولا سجودها.
Maksudnya: Seburuk-buruk manusia yang mencuri ialah yang mencuri dari solatnya. Para sahabat lalu bertanya: " Wahai Rasulullah : Bagaimana seseorang itu mencuri dari solatnya?. Rasulullah menjawab: Orang yang tidak menyempurnkan rukuknya dan sujudnya

Design by Blogger Templates