KEDUDUKAN BUKU DI SISI ULAMA -ULAMA ISLAM DAHULU.


Jika kita menyingkap sejarah ulama silam tentang kesungguhan mereka dalam mengambil berat tentang buku, kita dapati sesuatu yang amat dikagumi. Bagi mereka, buku-buku ilmiah merupakan sesuatu yang amat berharga, buku-buku ilmiah itu dianggap sebagai teman sejati mereka yang tidak pernah jemu di setiap waktu dan juga sebagai hidangan mereka ketika di majlis-majlis.

Seorang Ulama tabii yang terkenal - Imam Az-zuhri - beliau merupakan seorang ulama yang suka mengumpul buku dan sentiasa mendampingi bukunya sehinggakan isterinya telah berkata: " Demi Allah,sesungguhnya buku-buku ini lebih menyakitkan aku daripada tiga orang madu" Ini menunjukkann kepada kita bertapa Imam Az-zuhri amat suka membaca. Oleh itu tidak hairanlah, beliau menjadi seorang Ulama Madinah yang terkenal dalam masa pemerintahan Umawiyyah.

Seorang ulamak yang terkenal dalam zaman tabi`-tabiin - Ibnu Mubarak -. Pada suatu hari, kawan-kawan beliau berkata kepadanya: " Marilah kita duduk bersama-sama bersembang". Lalu beliau menjawab : "Saya hendak pergi duduk bersama-sama sahabat Rasulullah sambil beliau menunjukkan ibu jarinya ke arah buku-bukunya. Maksud beliau adalah beliau ingin bersama dengan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w melalui pembacaan tentang kisah-kisah mereka dan contoh teladan daripada mereka.

Ini adalah di antara contoh teladan yang ditunjukkan oleh ulamak-ulamak islam kita.

KEADAAN SUJUD YANG BETUL

Seburuk-buruk kecurian - Meninggalkan takmaninah dalam solat

Sebahagian daripada kesilapan-kesilapan yang sering berlaku di kalangan kita ialah meninggalkan takmaninah dalam solat. Apakah yang dimaksudkan dengan takmaninah itu? Menurut bahasa arab, perkataan takmaninah berasal daripada اطمأن : أي سكن وثبت واستقر. iaitu bermaksud tenang dan tetap . Di dalam satu hadith Rasullullah daripada Abu Qatadah r.a bahawa Rasullah telah bersabda:
أسوأُ الناس سرقة الذي يسرق من صلاته. قالوا: يا رسول الله، وكيف يسرق من صلاته؟ قال "لا يتم ركوعها ولا سجودها.
Maksudnya: Seburuk-buruk manusia yang mencuri ialah yang mencuri dari solatnya. Para sahabat lalu bertanya: " Wahai Rasulullah : Bagaimana seseorang itu mencuri dari solatnya?. Rasulullah menjawab: Orang yang tidak menyempurnkan rukuknya dan sujudnya

Design by Blogger Templates